Negara kebajikan Ekonomi_Belanda

Belanda terkenal di dunia dengan program kebajikan masyarakat yang sempurna. Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kebajikan demi memastikan hidup rakyat terjamin. Program paling asas iaitu bantuan pendidikan, insurans dan bayaran perubatan disediakan kerajaan. Di samping itu, orang kurang upaya dan penganggur termasuklah artis diberi elaun. Demi mengekalkan sistem kebajikan dengan baik, keadaan kewangan negara mesti kukuh. Belanda mengenakan cukai yang tinggi sehingga 60 peratus. Akibatnya, ramai mengambil kesempatan atas kebaikan polisi ini dan memberi bebanan berat pada golongan berpendapatan tinggi hingga ada yang berpindah ke negara yang mengenakan cukai rendah seperti Belgium dan Jerman.